Sunday 6 November 2011

menjiwai watak..stress..

petang-petang cam ni xde ape la yang nak dikatakan selain boring...
boring...boring..n boring lagi..argh!!!! keadaan camni membuatkan aku tension..
aduyaii stress aje kejenya aku ni..

jom2 kita check2 check it out pasal stress ni..

stress ni sebenarnya merupakan satu reaksi yang wujud dalam diri kita bila ada sesuatu bebanan yang menimpa. bebanan tu biasanya dari segi masalah yang kita hadapi la.bebanan ni kadang2 ada yang baik and ada yang x baik kiranya yang positif ngan yang negatif la..

positif-eustress
negatif-distress

stress yang positif tu memang kita sebagai manusia amat perlukan sebabnya stress positif akan jadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan memberikan kita tumpuan yang lebih terhadap apa yang kita buat.contoh yang kita dapat tengok at sini ialah masa Alexander  Graham Bell tengah berusaha nak tolong tunangnya, Mable Hubbard yang hilang pendengaran, dengan stress yang dye hadapi time tu berjaya jugak dye  cipta tepon. teror ek dye? bukan nak menagungkan dye tapi juz nak puji jew..kita sendiri lom taw dapat control stress ke x dalam keadaan camtu.

ok berbalik pada stress tadi. time berlakunya stress kat kita, biasanya badan kita akan berpeluh an? jantung dup dap dup dap cam nak p berperang an2?..ermm keadaan tu berlaku sebab masa kita stress, badan kita ni akan kuarkan hormon "adrenaline". hormon ni hormon rangsangan yang mana ianya akan disalurkan dalam darah kita. semua gejala2 yang kita hadapi tu macam berpeluh dll tu sume sebagai persiapan untuk melindungi kita. biasanya perubahan yang belaku ialah dari segi denyutan jantung bertambah laju and tekanan darah meningkat..gula, lemak and kolestrol dalam darah pun akan meningkat jugak. pastu pernafasan pun akan lebih laju. senang cakap gabra giler ah mase tu..kita kena pandai control la mase tu sebab kalau kita xpandai nak control nanti stress yang baik akan jadi yang xbaik.

haa...ni lagi satu benda2 yang akan kita buat kalau kita dalam keaan stress. korang2 pun mesti selalu buat..antaranya..

dari segi perangai kita mesti akan rasa resah je.wat tu x kena wat ni x kena..da tu wujudlah tabiat gigit2 kuku, hentak2 kaki,(biasa time nak presentation), pastu selalu nak marah, makan berlebihan, merokok belebihan heii macam2 lagi la..
tapi dari segi fizikal n mental lain pulak symptomnya..biasanya orang kalau da stress giler2 sangat dowang akan cepat rasa letih, pening pale, susah nak tido, sakit dada, tangan sejuk n berpeluh, badan berketar, loya tekak n macam2 lagi la. selalu dalam keadaan cam ni pun kita akan hilang tumpuan taw.yela otak da celaru kan xley nak fikir ape da.bahaya ni..lagi2 bagi student..

dalam kedaan mereka yang tengah stress tu jangan la sesekali kita p wat lawak bangang at depan dye kang x pasal2 makan kasut free..orang yang stress ni memang cepat marah, panas baran bukan sebab apa dorang ni sebenarnya risau, sensitif n sentiasa bimbang bab tu jadi camtu..kita kena la paham dowang..

bahayanya stress ni adalah ianya boleh mendatangkan penyakit. contohnya:
-insomnia
-sakit jantung @ stroke
-kencing manis
-athma


Allah berfirman:


maksudnya: "dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(iaitu) orang -orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan "sesungguhnya kami adalah hak milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali".mereka itu lah yang mendapat kebekatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Baqarah 2:115-157)

0 comments:

Post a Comment

 

.....saranghae.....(^_^). Design By: SkinCorner