Saturday, 19 November 2011

mau share info apa yek hari ni??..ok la saya nak share pasal makanan untuk otak kita,,lagi2 time waktu pagi..moh tengok cane nak bagi tenaga at otak kita ni..

Tenaga untuk otak


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KEBANYAKAN ibu bapa mahu anak mereka mendapat yang terbaik dalam hidup, 
terutama perihal pelajaran. Dalam dunia yang semakin menuntut daya saing 
tinggi, ibu bapa akan mengambil langkah utama untuk memastikan anak mereka
 menerima pendidikan terbaik. Sesetengahnya menghantar anak ke sekolah swasta 
atau menggaji pengajar peribadi untuk memberi kelas tambahan di rumah. Namun, 
ramai ibu bapa mungkin terlepas pandang satu cara mudah tetapi berkesan untuk
 merangsang pencapaian anak mereka iaitu melalui pengambilan sarapan pagi.
Gaya hidup yang semakin sibuk menyebabkan ramai mungkin mendapati 
sukar menyediakan sarapan pagi yang sesuai setiap hari.

Sedih tetapi benar, ramai mungkin tidak mengambil sarapan kerana bangun
 lewat atau terlalu letih untuk memasak. Akibatnya, ramai kanak-kanak tidak
 mendapat keperluan zat harian mereka untuk membesar dengan sempurna.
Kebiasaannya kita menikmati makan malam pada jam 7 atau 8 malam iaitu 
sebelum tidur. Bayangkan berapa lama perut kita kosong jika tidak mengambil 
sarapan pagi keesokannya? Selepas semalaman tidak mengambil sebarang
 makanan, kadar gula dalam darah sebenarnya sudah menurun dan rendah.
Kadar gula dalam darah yang rendah akan menimbulkan gejala hipoglikemia
 seperti mengantuk, cepat letih, daya tumpuan dan kerja menurun.

Kajian saintifik menunjukkan, hidangan sarapan boleh memberi kesan dramatik
 kepada kemampuan belajar kanak-kanak. Sarapan menguatkan daya tumpuan, 
masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan, manakala tidak 
makan sarapan mengurangkan semua perkara berkenaan mengakibatkan jatuhnya 
prestasi kanak-kanak di sekolah.

Pakar nutrisi Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah berkata, ibu bapa memainkan
 peranan penting membantu kanak-kanak memenuhi keperluan zat harian dan pilihan
 makanan harian seboleh-bolehnya mengikut rangka piramid makanan demi 
memastikan mereka mendapat gizi seimbang setiap hari. Satu kajian di 
Universiti Cardiff, Wales baru-baru ini menunjukkan, mereka yang makan sarapan
 berserat tinggi kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, kebarangkalian
 kemurungan lebih rendah dan menunjukkan kemahiran kognitif lebih baik.
Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan 
kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama.
Pengurus Produk Horlicks, Junie H’ng berkata, hidangan untuk sarapan sebaik-baiknya
 mudah tetapi mempunyai nilai khasiat tinggi.

Katanya, ini penting, terutama pada waktu pagi, kerana pada masa itu kanak-kanak mungkin
 tiada selera untuk makan. “Bangkitkan selera mereka dengan memberi minuman suam atau
 panas. Antara cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan segelas minuman malta panas.
Minuman malta segera ini diperkuatkan dengan serat dan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan
 badan,” katanya. Minuman malta mempunyai pelbagai khasiat seperti kalsium, vitamin A, B1, 
B2, C, D, asid folik, zat besi dan serat. Ini memastikan minuman malta menjadi pilihan baik
 untuk kanak-kanak serta keluarga mereka untuk sarapan mahupun minum petang.
Minuman malta biasanya mengandungi gula semula jadi yang cepat memberi tenaga 
kepada badan. Malah, ia memberikan dua kali ganda kalsium berbanding susu biasa.
“Selain enak dan penuh dengan khasiat, minuman malta senang didapati di mana-mana. 
Ini secara tidak langsung menggalakkan ibu mempelbagaikan penyediaan minuman malta 
bergantung kepada kreativiti sendiri. “Sebagai contoh, ibu boleh menambah minuman malta
 dengan bijirin sarapan kegemaran anak atau sebagai bahan dalam roti untuk menambah 
rasa. Minuman malta juga sesuai ditambah kepada oat, coklat, madu dan untuk pencuci mulut.
“Lebih penting, mereka yang ada keperluan pemakanan istimewa seperti yang mengambil 
gizi cecair atau apa saja pemakanan untuk penghidap gastrik boleh menikmati minuman 
malta yang mudah tetapi berkhasiat,” katanya.


Kebaikan makan sarapan sihat:

  • Perhatian, tumpuan dan produktiviti lebih baik di tempat kerja, sekolah atau rumah 
  • Mengekalkan berat badan yang sihat 
  • Membangunkan satu tabiat pemakanan sihat sejak kecil 
  • Mempunyai nutrien yang penting 
  • Membalikkan kesan berpuasa semalaman: cepat marah dan keletihan 
  • Menurunkan kolesterol 
  • Meningkatkan kadar metabolisme 
  • Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar

0 comments:

Post a Comment

 

.....saranghae.....(^_^). Design By: SkinCorner