kenapa dengan manusia?
apa yang dah manusia lakukan?
kenapa itu kenapa ini?
banyaknye persoalan....
malam2 camni terasa nak cakap pasal manusia plak...
lumrah kehidupan sebagai manusia ni yang x pernah nak cukup dengan apa yang dah ada.
kalau kita dah ada yang itu, kita nak yang ini pulak..
hai manusia2...
kenapa ek manusia macam tu?
adakah sebab manusia ni tamak haloba? atau sekadar nak menunjuk kat orang yang kita ni mampu nak
memiliki semuanya?
semuanya ada pada diri sendiri..
semuanya bergantung pada niat sebenar kita..
memang betul yang kita ni kena penuhi maqasid syariah tapi kadang2 aku tengok orang2 yang banyak wet
ni kejap2 tukar kereta, kejap2 tukar rumah..pergh!! memang gila kaya ah orang tu..
tapi untuk apa semua tu? pada aku tu bukan memenuhi maqasid syariah da. tu lebih kepada menunjuk2..
saje je nak bagi orang lain jealous..geram jugak kadang2 bila tengok orang2 yang macam tu...
tapi aku suka tengok orang yang kaya tapi dye murah ngan senyuman..bila tengok orang yang macam tu baru lah rasa respect at dye..yela kan..da la kaya, muka manis jew selalu..haii senang hati tengok muke dye..
kita ni sebagai manusi perlu mempunyai sifat2 qanaah bukannya tamak...Allah S.W.T dah kurniakan kita dengan apa yang kita nak. so, kita sepatutnya kena bersyukur dan jangan la nak tamak2..Allah xsuka taw..sifat qanaah ni perlu ada dalam diri kita supaya ianya dapat menghalang sifat tamak, dengki, and semua yang xbaik tu daripada menguasai diri..
sebab sifat qanaah perlu ada dalam diri kita:
1) supaya umat islam tergolong dalam golongan orang2 yang berjaya dan dapat rezeki yang cukup.
2) supaya umat islam sentiasa bersemangat untk mencari rezeki yang halal tanpa rasa ragu dengan kemampuan yang dimiliki.
3) sifat qanaah dapat mendidik diri supaya sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah.
4) supaya dapat mengikis sifat tamak haloba dalam usaha mencari dan memiliki harta serta pemberian Allah yang lainnya.
5) menerbitkan sifat tawakal kepada Allah dalam setiap tindakan kita.
Rasulullah S.A.W juga menegah umatnya daripada mempunyai sifat dengki dan iri hati sehingga sanggup menghalang rezeki orang lain.
sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "jauhi sifat dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan seperti api yang memakan kayu bakar"
so, sebagai manusia ni kita kenalah jauh kan diri dari sifat2 yang x elok ni..bahaya taw..dengan sifat2 yang camni lah punca kita hilang member, hilang kerja, orang hilang kepercayaan at kita and semuanya nak hilang..fikir2 la..hidup tanpa perasaan dengki, tamak, iri hati dan sebagainya akan menjkadikan hidup kita lebih tenang, aman dan bahagia je taw....
sampai cni jew kot yang aku larat nak luahkan...esok2 sambung ag..xesok, lusa la..x lusa tulat dan begitulah seterusnya...(^_^)
0 comments:
Post a Comment